- Iklan -
Berita

Singapura tangguh hukuman mati Nagaenthran selepas disah positif Covid-19

Hukuman mati terhadap Nagaenthran akan ditangguhkan sehingga diberitahu kelak.

Reuters
1 minit bacaan
Kongsi
Nagaenthran K Dharmalingam sebelum ini dijadualkan menjalani hukuman mati pada 10 November.
Nagaenthran K Dharmalingam sebelum ini dijadualkan menjalani hukuman mati pada 10 November.

Mahkamah Singapura hari ini menangguhkan hukuman mati terhadap seorang warga Malaysia yang disabitkan kesalahan penyeludupan dadah selepas dia disahkan positif Covid-19.

Nagaenthran Dharmalingam, 33, dijadualkan menjalani hukuman gantung pada pagi Rabu namun pelaksanaan hukuman itu ditangguhkan sehingga diberitahu kelak, kata hakim Andrew Phang di mahkamah.

Kes individu kurang upaya (OKU) mental itu telah menarik perhatian antarabangsa, malahan Perdana Menteri Ismail Sabri Yakaob, sekumpulan pakar PBB dan bilionair Britain Richard Branson menjadi antara mereka yang merayu supaya Singapura meringankan hukuman mati yang dikenakan terhadap Nagaenthran.

“Kita perlu menggunakan logik, akal budi dan perikemanusiaan,” kata hakim di mahkamah.

Nagaenthran ditahan pada April 2009 kerana mengedar kira-kira 42.72 gram heroin tulen dan beberapa peguamnya telah melancarkan rayuan terakhir terhadap hukuman itu dengan hujahan dia merupakan individu yang tidak memiliki keupayaan intelek.

Bagaimanapun, hakim tidak memutuskan keputusan rayuan tersebut hari ini.

Peguam Nagaentran berkata hukuman gantung terhadap Nagaenthtan adalah satu pelanggaran perlembagaan Singapura kerana dia adalah seorang OKU mental.

M Ravi, dan aktivis mengatakan kemampuan intelek Nagaenthran berada di tahap yang diiktiraf sebagai kecacatan mental, dia juga memiliki sindrom ADHD dan gangguan lain sehingga boleh menjejaskan kemampuannya untuk membuat keputusan dan mengawal diri.

Pihak berkuasa sebelum ini berkata mahkamah Singapura meyakini Nagaentran mengetahui tindakan yang dia lakukan ketika kesalahan itu dibuat.