Saturday, December 4, 2021

Kes harian Covid-19 kembali ke paras lepasi 5,400

Malaysia kini merekodkan kes keseluruhan sebanyak 2,516,255 jangkitan.

Other News

Malaysia merekodkan kes baru sebanyak 5,403 kes menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 2,516,255 kes.

5,311 pesakit juga direkodkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan pesakit sembuh sebanyak 2,425,054.

Dalam pada itu, kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 545 kes di mana 504 daripadanya disahkan Covid-19.

Sementara itu pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan adalah sebanyak 270 kes di mana 199 adalah kes Covid-19.

Dari 5,403 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, 102 kes (1.9%) adalah daripada Kategori Tiga, Empat, dan Lima, dan 5,301 kes (98.1%) lagi adalah terdiri daripada Kategori Satu dan Dua.

 

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles