- Iklan -
Berita

PRN kedua sewaktu pandemik di Melaka terus didominasi lelaki

112 calon PRN Melaka didominasi calon lelaki dengan hanya 16 sahaja daripadanya adalah calon wanita.

Azzman Abdul Jamal
1 minit bacaan
Kongsi
Semua lima orang yang bakal bertanding di DUN Paya Rumput adalah dari calon lelaki.
Semua lima orang yang bakal bertanding di DUN Paya Rumput adalah dari calon lelaki.

112 calon disahkan bakal bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka selepas penamaan calon berakhir 10 pagi tadi, menyaksikan PRN kedua diadakan ketika pandemik yang didominasi calon lelaki.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), daripada kesemua permohoan daripada 112 calon tersebut, 96 daripadanya adalah calon lelaki sementara 16 lagi adalah calon wanita.

Berikut adalah pecahan calon mengikut parti yang diwakili semua calon:

Barisan Nasional (BN): 28 calon
Perikatan Nasional (PN): 28 calon
Pakatan Harapan (PH): 28 calon
Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra): 5 calon
Parti Perikatan India Muslim Nasional (Iman): 1 calon

Sementara calon Bebas tanpa mewakili mana-mana parti adalah 11 orang.

PRN Melaka juga bakal menyaksikan pertembungan lebih dari tiga penjuru.

Tiga calon bakal berentap di 11 DUN, empat calon di sembilan DUN, lima calon dalam di tiga DUN.

Dalam pada itu, calon paling tua yang bertanding adalah berusia 68 tahun dari BN Kalson Nordin yang bakal berentap di N15 Pengkalan Batu.

Sementara calon termuda adalah Farzana Hayani Mohd Nasir berusia 21 tahun mewakili PH di DUN N28 Sungai Rambai.

Tempoh kempen rasmi akan bermula hari ini sehingga 11.59 malam pada 19 November.