- Iklan -
Berita

75.2% populasi, 74.9% remaja lengkap divaksinasi

94.8% atau 22,194,116 individu dewasa juga telah lengkap menerima dos vaksin.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Remaja di Sarawak menunggu giliran untuk menerima suntikan vaksin. Gambar: Bernama
Remaja di Sarawak menunggu giliran untuk menerima suntikan vaksin. Gambar: Bernama

Setakat 11.59 malam tadi, 75.2% atau 24,552,038 individu di negara ini telah lengkap diberi vaksin Covid-19.

Sementara itu, 94.8% atau 22,194,116 individu kadar populasi dewasa juga telah lengkap menerima dos vaksin.

Menurut data kementerian kesihatan (KKM) melalui laman CovidNow, sejumlah 97.4% atau 22,809,218 individu bagi populasi dewasa telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Manakala itu, 38,027 dos suntikan vaksin diberikan semalam melibatkan 13,110 suntikan dos lengkap, 3,068 menerima dos pertama dan 21,849 pula menerima suntikan dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 50,402,399.

Setakat semalam juga, sebanyak 2,357,922 atau 74.9% individu bagi golongan remaja berusia 12 hingga 17 tahun telah lengkap divaksin, manakala 86.3% atau 2,715,817 individu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Selain itu, jumlah kumulatif dos penggalak pula kini sebanyak 506,236.