Wednesday, December 8, 2021

Kes harian Covid-19 rekod 4,343 jangkitan baru

Kes keseluruhan Covid-19 kini mencecah 2,506,309 jangkitan.

Other News

Malaysia merekodkan kes baru sebanyak 4,343 kes menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 2,506,309 kes.

5,190 pesakit juga direkodkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan pesakit sembuh sebanyak 2,412,395.

Dalam pada itu, kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 554 kes di mana 518 daripadanya disahkan Covid-19.

Sementara itu pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan adalah sebanyak 272 kes di mana 212 adalah kes Covid-19.

Dari 4,343 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, 68 kes (1.6%) adalah daripada Kategori Tiga, Empat, dan Lima, dan 4,275 kes (98.4%) lagi adalah terdiri daripada Kategori Satu dan Dua.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles