Friday, December 3, 2021

Kes harian kekal di bawah paras 5,000

4,701 kes baru dicatat hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kini adalah sebanyak 2,501,966.

Other News

Malaysia merekodkan kes baru sebanyak 4,701 hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes kini adalah sebanyak 2,501,966.

5,382 pesakit juga direkodkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan pesakit sembuh sebanyak 2,407,205.

Dalam pada itu, kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 544 kes di mana 527 daripadanya disahkan Covid-19.

Sementara itu pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan adalah sebanyak 280 kes di mana 212 adalah kes Covid-19.

Dari 4,701 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, 88 kes (1.9%) adalah daripada Kategori Tiga, Empat, dan Lima, dan 4,613 kes (98.1%) lagi adalah terdiri daripada Kategori Satu dan Dua.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles