- Iklan -
Berita

Kes baru Covid-19 menurun sekali lagi bawah 5,000

Kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 2,497,265 kes.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Seorang wanita berjalan melalui sebuah mural sambil melayari internet pada telefon bimbitnya di Jalan Panggung. Orang ramai yang lengkap divaksinasi mendapat kelonggaran untuk mula menjalani kehidupan lebih normal selepas lama menjalani sekatan pergerakan.

Malaysia merekodkan kes baru sebanyak 4,922 kes menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 2,497,265 kes.

5,579 pesakit juga direkodkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan pesakit sembuh sebanyak 2,401,823.

Dalam pada itu, kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 549 kes di mana 529 daripadanya disahkan Covid-19.

Sementara itu pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan adalah sebanyak 282 kes di mana 214 adalah kes Covid-19.

Dari 4,922 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, 80 kes (1.6%) adalah daripada Kategori Tiga, Empat, dan Lima, dan 4,842 kes (98.4%) lagi adalah terdiri daripada Kategori Satu dan Dua.