- Iklan -
Berita

DAP kekalkan 6 calon, tambah 2 muka baru bagi PRN Melaka

Muka baru calon pilihan raya, Muhamad Danish Zainudin dan Leng Chau Yen, akan diletakkan sebagai calon di Pengkalan Batu dan Bandar Hilir.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Seorang lelaki berdiri di belakang kibaran bendera DAP. Gambar: AFP
Seorang lelaki berdiri di belakang kibaran bendera DAP. Gambar: AFP

DAP hari ini mengumumkan ia akan mengekalkan enam calon dan memperkenalkan dua calon baru dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, pilihan raya pertama diadakan selepas darurat yang dilaksanakan di seluruh negara berikutan Covid-19 dibatalkan baru-baru ini.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dalam sebuah kenyataan berkata dua calon baru itu adalah Muhamad Danish Zainudin dan Leng Chau Yen.

Mereka masing-masing akan diletakkan sebagai calon bagi kerusi DUN Pengkalan Batu dan Bandar Hilir.

Selain muka baru, calon calon lama yang dikekalkan termasuk: Saminathan Ganesan (Gadek), Kerk Chee Yee (Ayer Keruh), Allex Seah Shoo Chin (Kesidang), Damian Yeo Shen Li (Duyong) dan Tey Kok Kiew (Bemban), dan Low Chee Leong (Kota Laksamana).

Kelapan-lapan mereka akan bertanding PRN di bawah logo Pakatan Harapan.

PRN Melaka dijadualkan pada 20 November depan, ia tercetus akibat penarikan sokongan oleh empat Adun yang menarik sokongan terhadap Ketua Menteri Sulaiman Md Ali.

Empat orang calon itu termasuk Idris Haron (Sungai Udang), Nor Azman Hassan (Pantai Kundor), Noor Effandi Ahmad (Telok Mas) dan Norhizam Hassan Baktee (Pengkalan Batu).

Ikuti kami di Telegram untuk kemas kini terkini: https://t.me/malaysianowbm

Langgan berita kami

Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.

Kongsi

Artikel Berkaitan

Tiada artikel ditemui.