Wednesday, December 1, 2021

Sabah pertimbang kurangkan tempoh kuarantin wajib individu dari luar negara

Pengurangan tempoh kuarantin itu bakal terpakai kepada warganegara dan bukan warganegara yang tiba ke Sabah dari luar negara.

Other News

Kerajaan Sabah akan mempertimbangkan untuk mengurangkan tempoh kuarantin wajib kepada mana-mana individu dari luar negara yang memasuki pintu masuk antarabangsa negeri itu.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Masidi Manjun yang juga jurucakap Covid-19 negeri berkata ia terpakai kepada warganegara dan bukan warganegara yang tiba ke Sabah dari luar negara.

Memperincikan perkara itu, Masidi berkata bagi individu lengkap vaksinasi dipertimbangkan menjalani kuarantin wajib selama tujuh hari, manakala bagi tiada atau tidak lengkap vaksinasi perlu menjalani kuarantin selama 10 hari.

“Di samping itu, pengembara lengkap vaksinasi boleh dipertimbangkan untuk menjalani kuarantin di rumah jika bersesuaian,” katanya dalam kenyataan, malam ini.

Mengulas perkembangan Covid-19 Sabah, Masidi berkata, sebanyak 393 kes baru direkodkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif 218,342 kes, dengan tujuh kematian dilaporkan.

“Seramai 602 pesakit Covid-19 pula dilaporkan dan dibenarkan keluar hospital serta pusat kuarantin dan rawatan berisiko rendah menjadikan jumlah kumulatif 207,601 orang sembuh, manakala seramai 1,867 pesakit masih menerima rawatan,” katanya.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles