- Iklan -
Berita

Larangan berhimpun sewaktu kempen PRN bukan sekatan demokrasi, kata pemimpin PBB

Abdul Karim Rahman Hamzah berkata beliau akan menyokong larangan himpunan politik jika ia dilaksanakan pada PRN Sarawak.

Nur Shazreena Ali
1 minit bacaan
Kongsi
Naib Presiden PBB Abdul Karim Rahman Hamzah. Gambar: Bernama
Naib Presiden PBB Abdul Karim Rahman Hamzah. Gambar: Bernama

Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak Abdul Karim Rahman Hamzah hari ini berkata beliau akan menyokong sebarang langkah kementerian kesihatan (KKM) untuk melarang perhimpunan politik jika keputusan sedemikian diambil bagi PRN.

Bercakap pada sidang media di Kuching, beliau berkata langkah berjaga-jaga adalah satu perkara yang perlu diambil, menyifatkan larangan aktiviti politik sepanjang musim pilihan raya bukan sebuah penindasan demokrasi.

“Tidak bermakna jika kita tidak boleh berkempen seperti sebelum ini, demokrasi tercalar,” katanya.

“Jika anda pergi ke beberapa negara lain, mereka bahkan langsung tidak boleh berkempen seperti yang kita buat.

“Kadang-kadang kita terlebih-lebih pula berkempen di sini. Jika anda pergi ke Jepun atau beberapa negara lain, anda tidak dapat tengok kempen begini.”

Karim turut menambah larangan perhimpunan fizikal adalah satu perkara yang patut dilaksanakan kerana ia dikenakan terhadap semua parti politik.

“Sepatutnya tiada masalah,” katanya.

“Bagi saya, ia bagus.”

Katanya, apa yang penting pengundi tahu siapa calon dan parti yang mereka wakili.

“Dari situ, mereka akan dapat melihat sendiri siapa yang mereka mahu undi.”