- Iklan -
Berita

AS luluskan penundaan pemberian vaksin Moderna untuk remaja

Ia adalah bagi membolehkan lebih banyak masa untuk menambah baik kajian potensi risiko keradangan jantung atau myocarditis.

AFP
1 minit bacaan
Kongsi
Vaksin Moderna sebelum ini diluluskan bagi kegunaan vaksinasi kanak-kanak. Gambar: AP
Vaksin Moderna sebelum ini diluluskan bagi kegunaan vaksinasi kanak-kanak. Gambar: AP

Firma bioteknologi Moderna berkata pada Ahad pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) telah menunda kelulusan vaksin Covid-19 untuk remaja bagi membolehkan lebih banyak masa untuk menambah baik kajian potensi risiko menghidapi keradangan jantung atau myocarditis.

Pada Jumaat, Pentadbiran Makan dan Ubatan (FDA) “telah memaklumkan kepada Moderna pihaknya memerlukan masa untuk menilai analisis antarabangsa terbaru terhadap risiko myocarditis selepas vakasinasi,” kata firma tersebut dalam sebuah kenyataan pada Ahad.

Penilaian tersebut akan meneliti sama ada pihaknya boleh mengesyorkan vaksin Moderna bagi kanak-kanak berusia 12 hingga 17 tahun boleh dikekalkan sehingga Januari 2022, kata syarikat tersebut.

Sebelum ini, myocarditis dan risiko berkaitan termasuk pericarditis (radang di selaput jantung) dikaitkan dengan vaksin Pfizer dan Moderna, termasuk dalam kalangan kanak-kanak dan awal dewasa.

Menurut sebuah kajian yang diterbitkan pada Ogos oleh Pusat Kawalan Penyakit Berjangkit AS (CDC) risiko tersebut lebih tinggi selepas jangkitan Covid-19

CDC mendapati “myocarditis susulan vaksinasi mRNA adalah jarang berlaku dan secara amnya sederhana,” kata Moderna.

Pada Jumaat, vaksin Covid-19 lain mRNA keluaran Pfizer-BioNTech telah menerima kelulusan AS bagi vaksinasi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun, menggunakan dos lebih kecil dari golongan dewasa.

Sebelum ini, Moderna berkata pihaknya masih menunggu FDA untuk memutuskan sama ada akan meluluskan vaksinnya untuk digunakan bagi kumpulan individu berusia di bawah 18 tahun sebelum mendapatkan kelulusan pihak berkuasa untuk menjalankan vaksinasi bagi kumpulan usia yang lebih muda.