- Iklan -
Berita

22.3 juta populasi dewasa, 66.4% remaja lengkap divaksinasi

97.7% dewasa telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Petugas kesihatan memberi suntikan vaksin Pfizer Bio-NTech kepada seorang remaja berusia 14 tahun ketika menghadiri temujanji Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) di PPV KPJ Tawakkal, Jalan Pahang.
Petugas kesihatan memberi suntikan vaksin Pfizer Bio-NTech kepada seorang remaja berusia 14 tahun ketika menghadiri temujanji Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) di PPV KPJ Tawakkal, Jalan Pahang.

Kadar populasi dewasa di negara ini yang lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19 meningkat kepada 22,361,734 individu setakat 11.59 malam tadi, berbanding 22,348,481 pada Sabtu.

Berdasarkan data kementerian kesihatan (KKM) menerusi laman CovidDNow, sejumlah 22,872,309 atau 97.7% individu pula telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Selain itu, sebanyak 63,489 dos vaksin harian diberikan semalam melibatkan golongan dewasa dan remaja, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 50,076,170 dos.

Bagi golongan kanak-kanak dan remaja berusia 12 hingga 17 tahun, setakat semalam 2,091,464 individu atau 66.4% telah melengkapkan suntikan vaksin manakala 83% atau 2,612,742 individu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin menerusi PICK Remaja yang bermula sejak 8 September.

Dalam pada itu, sejumlah 16,244 dos penggalak vaksin Covid-19 diberikan semalam menjadikan jumlah kumulatif kini 307,653 dos.