Saturday, December 4, 2021

TKM Sarawak meninggal dunia akibat komplikasi jantung, kata Ukas

Unit Komunikasi Awam Sarawak berkata ujian terakhir Covid-19 James Jemut Masing didapati negatif.

Other News

Timbalan Ketua Menteri Sarawak James Jemut Masing meninggal dunia akibat komplikasi jantung, bukan Covid-19, kata Unit Komunikasi Awam Sarawak (Ukas) hari ini.

Dalam satu kenyataan, Ukas berkata ujian saringan Covid-19 terakhir dijalani Masing sebelum meninggal dunia didapati negatif.

Masing meninggal dunia di Pusat Rawatan Pakar Normah, di Kuching pada pukul 7.05 pagi.

Laporan media sebelum ini berkata Masing yang merupakan presiden Parti Rakyat Sarawak dan Adun Baleh meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19.

Ukas berkata satu majlis penghormatan kepada Masing akan diadakan di Persatuan Gereja-Gereja Sarawak pada pagi Rabu, dari 8.30 hingga 9.30 pagi bagi orang kenamaan diikuti sesi awam dari 9.30 pagi hingga 2 petang.

Mayat mendiang akan dibawa ke Nirvana Memorial Park di Kuching.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles