Thursday, November 25, 2021

Timbalan ketua menteri Sarawak meninggal dunia

Mendiang dilaporkan meninggal dunia di Kuching akibat komplikasi Covid-19.

Other News

Timbalan Ketua Menteri Sarawak James Jemut Masing dilaporkan meninggal dunia kira-kira pukul 7 pagi tadi akibat komplikasi Covid-19 di usia 72 tahun.

Mendiang dilaporkan meninggal dunia di Pusat Rawatan Pakar Normah, Kuching.

28 September lalu, Masing dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) Hospital Umum Sarawak selepas disahkan positif Covid-19.

Masing dilaporkan telah ditidurkan selepas komplikasi semakin teruk di Hospital Umum Sarawak dan kemudian dipindahkan ke Pusat Rawatan Pakar Normah.

Timbalan ketua menteri Sarawak itu juga merupakan presiden Parti Rakyat Sarawak. Beliau adalah ahli Dewan Undangan Negeri Baleh (Adun) sejak tahun 1983.

Beliau mempertahankan kerusi tersebut selama sembilan penggal, termasuk tiga penggal atas lambang PRS dan sebelumnya bersama Parti Bansa Dayak Bersatu

Beliau juga memegang portfolio menteri pembangunan infrastruktur dan pembangunan selain pernah menjadi menteri kemajuan tanah, menteri pembangunan sosial dan urbanisasi serta menteri pelancongan.

 

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles