- Iklan -
Berita

Kes harian Covid-19 menurun bawah 5,000

Kes keseluruhan Covid-19 kini meningkat sebanyak 2,471,642 kes.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Empat kakitangan Hospital KPJ Tawakkal KL bergambar kenangan bersama selepas menerima dos penggalak vaksin Pfizer Bio-NTech PPV KPJ Tawakkal, Jalan Pahang.
Empat kakitangan Hospital KPJ Tawakkal KL bergambar kenangan bersama selepas menerima dos penggalak vaksin Pfizer Bio-NTech PPV KPJ Tawakkal, Jalan Pahang.

Malaysia merekodkan kes baru sebanyak 4,979 kes menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 2,471,642 kes.

6,127 pesakit juga direkodkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan pesakit sembuh sebanyak 2,374,761.

Dalam pada itu, kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 562 kes di mana 501 daripadanya disahkan Covid-19.

Sementara itu pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan adalah sebanyak 326 kes di mana 220 adalah kes Covid-19.

Dari 4,979 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, 85 kes (1.7%) adalah daripada Kategori Tiga, Empat, dan Lima, dan 4,894 kes (98.3%) lagi adalah terdiri daripada Kategori Satu dan Dua.