- Iklan -
Berita

95.5% dewasa, 65.5% remaja lengkap divaksinasi

97.7% populasi dewasa telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Petugas kesihatan menunjukkan jumlah dos pada picagari sebelum memberi suntikan vaksin Pfizer Bio-NTech kepada Chang Pei Ying, 13 di PPV KPJ Tawakkal, Jalan Pahang.
Petugas kesihatan menunjukkan jumlah dos pada picagari sebelum memberi suntikan vaksin Pfizer Bio-NTech kepada Chang Pei Ying, 13 di PPV KPJ Tawakkal, Jalan Pahang.

Sebanyak 22,348,481 individu atau 95.5% populasi dewasa di negara ini lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19, setakat 11.59 malam tadi.

Berdasarkan data kementerian kesihatan Malaysia (KKM) menerusi laman CovidNow, sejumlah 97.7% atau 22,866,371 individu pula telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Selain itu, sebanyak 75,874 dos vaksin harian diberikan semalam melibatkan golongan dewasa dan remaja, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 50,012,681 dos.

Bagi golongan kanak-kanak dan remaja berusia 12 hingga 17 tahun, setakat semalam 2,063,107 individu atau 65.5% telah melengkapkan suntikan vaksin manakala 83% atau 2,612,639 individu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin menerusi PICK Remaja yang bermula sejak 8 September.

Dalam pada itu, sejumlah 20,370 dos penggalak vaksin Covid-19 diberikan semalam menjadikan jumlah kumulatif kini sebanyak 291,409 dos.