Saturday, November 27, 2021

Sektor pendidikan terima peruntukan terbesar belanjawan lebih RM67 bilion

600,000 pelajar universiti daripada keluarga miskin akan menerima peranti untuk pembelajaran.

Other News

Sektor pendidikan menerima peruntukan tertinggi lebih RM67 bilion dalam Belanjawan 2022 yang dibentangkan Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz di Dewan Rakyat hari ini.

Daripada jumlah tersebut, RM52.6 bilion diperuntukkan kepada kementerian pendidikan sementara RM14.5 bilion diperuntukkan kepada kementerian pengajian tinggi.

Peruntukan itu juga turut termasuk bantuan peranti kepada 600,000 pelajar universiti.

Bagi tujuan ini, Zafrul berkata kerajaan akan menyediakan peruntukan RM450 juta di samping komitmen syarikat telekomunikasi yang turut menyumbang kira-kira RM65 juta.

Daripada peruntukan tersebut Bantuan Awal Persekolahan sebanyak RM150 berbanding RM100 ringgit sebelum ini.

Sejumlah RM1 bilion ringgit turut diperuntukkan bagi kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan sekolah. Peruntukan ini juga termasuk RM140 juta kepada Jakim bagi menyelenggara antaranya sekolah tahfiz, sekolah agama rakyat dan institusi pondok berdaftar iaitu meningkat berbanding RM100 juta pada 2021.

Peruntukan penyelenggaraan kepada lebih 10,000 sekolah di bawah KPM akan diagihkan mengikut jenis sekolah berdasarkan kadar yang seragam. Bagi tahun 2022, sebanyak RM120 juta disediakan untuk manfaat 1,800 buah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan juga Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil.

Menurut Zafrul, kerajaan akan terus menaik taraf sekolah-sekolah daif dengan peruntukan dinaikkan kepada RM746 juta.

“Sebilangan besar peruntukan ini adalah untuk menaik taraf sekolah daif dengan 112 projek di Sabah dan 165 projek di Sarawak,” katanya.

Selain itu, bagi memperkasa agenda pendidikan khas, kerajaan menyediakan RM50 juta antaranya untuk membiayai pembelian peralatan mengajar dan menambah baik fasiliti sekolah berkeperluan khas.

Katanya lagi, kerajaan akan meneruskan penyediaan bekalan susu harian di bawah Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dengan peruntukan RM400 juta. Sebahagian perolehan ini akan dikhaskan kepada pengeluar susu tempatan.

Menurut Zafrul, Belanjawan 2022 juga buat pertama kalinya menyediakan Insentif Khas Alat Bantuan Mengajar secara sekali bayar sebanyak RM100 kepada lebih 400,000 guru sekolah di bawah KPM.

Sebagai tambahan, Zafrul berkata kerajaan bercadang untuk melanjutkan pelepasan khas cukai pendapatan individu sehingga 2,500 ringgit ke atas pembelian telefon bimbit, komputer dan tablet sehingga 31 Disember 2022.

Zafrul turut mengumumkan diskaun bayaran hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bermula 1 November 2021 hingga 31 April 2022.

Bagi mereka yang membayar semula hutang secara penuh akan menerima diskaun 15%, sementara mereka yang membayara leih 50% hutang dalam sekali bayaran akan menerima diskaun 12%.

Manakala mereka yang membayar hutang PTPTN melalui potongan gaji akan menerima diskaun sebanyak 10%.

Zafrul turut mengumumkan diskaun bayaran hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bermula 1 November 2021 hingga 31 April 2022.

Bagi mereka yang membayar semula hutang secara penuh akan menerima diskaun 15%, sementara mereka yang membayar lebih 50% hutang dalam sekali bayaran akan menerima diskaun 12%.

Manakala mereka yang membayar hutang PTPTN melalui potongan gaji akan menerima diskaun sebanyak 10%.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles