Saturday, November 27, 2021

RM32.4 bilion bagi sektor kesihatan dalam Belanjawan 2022

Ia adalah peruntukan kedua terbesar daripada Belanjawan 2022 selepas sektor pendidikan.

Other News

Kerajaan memperuntukkan RM32.4 bilion kepada kementerian kesihatan (KKM) dalam Belanjawan 2022, peruntukan kedua terbesar selepas sektor pendidikan.

Bagi menangani wabak Covid-19, RM4 bilion diperuntukkan khusus untuk menangani krisis kesihatan tersebut.

Daripada jumlah tersebut, RM2 bilion diperuntukkan bagi program vaksinasi sementara baki RM2 bilion lagi adalah untuk mempertingkatkan kapasiti perkhidmatan kesihatan awam melalaui pembelian ubat-ubatan, peralatan perlindungan peribadi dan kit kesihatan.

Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz ketika membentangkan belanjawan di Dewan Rakyat hari ini berkata kerajaan Kerajaan bercadang untuk melaksanakan perolehan ubat antiviral yang didapati berkesan terhadap pelbagai virus termasuk Covid-19.

Katanya, Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) akan terus diperkasa bagi membekalkan dos ketiga sebagai vaksin penggalak kepada semua orang dewasa di samping meneruskan vaksinasi kepada anak-anak berusia 12 hingga 17 tahun.

Menurutnya, Putrajaya telah menandatangani perjanjian untuk mendapatkan 88 juta dos iaitu bersamaan lebih 140 peratus penduduk dan cukup untuk memberi dos ketiga kepada semua penduduk berusia 12 tahun dan ke atas.

Beliau berkata kerajaan bersetuju untuk meneruskan Agenda Nasional Malaysia Sihat dan bercadang untuk meluaskan kenaan duti eksais ke atas produk minuman bergula dalam bentuk pracampuran berasaskan coklat atau koko, malt, kopi dan teh.

Selain itu, katanya, kerajaan juga bercadang mengenakan duti eksais ke atas produk cecair atau gel mengandungi nikotin yang digunakan untuk rokok elektronik dan vape.

“Sebagai tambahan, sukacita diumumkan kerajaan bersetuju meluluskan penajaan program kepakaran dengan peruntukan 100 juta ringgit untuk manfaat 3,000 pegawai kontrak perubatan dan pergigian.”

Dalam pada itu, RM70 juta juga diperuntukkan untuk terus memastikan isu kesihatan mental diberi keutamaan, antaranya untuk memperkukuh perkhidmatan sokongan, kaunseling dan psikososial, menambah program advokasi serta memperkasa peranan NGO sebagai penggerak program kesihatan mental.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles