Sunday, December 5, 2021

Kes harian Covid-19 kekal di paras 6,000

Kes keseluruhan Covid-19 kini mencecah 2,460,809 kes.

Other News

Malaysia merekodkan kes baru sebanyak 6,060 kes menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 2,460,809 kes.

7,297 pesakit juga direkodkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan pesakit sembuh sebanyak 2,361,919.

Dalam pada itu, kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 570 kes di mana 492 daripadanya disahkan Covid-19.

Sementara itu pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan adalah sebanyak 300 kes di mana 208 adalah kes Covid-19.

Dari 6,060 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, 101 kes (1.7%) adalah daripada Kategori Tiga, Empat, dan Lima, dan 5,955 kes (98.3%) lagi adalah terdiri daripada Kategori Satu dan Dua.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles