Saturday, December 4, 2021

Syarikat pengeluar Timah pertimbang tukar nama produk wiski

Ia adalah susulan pertemuan antara wakil syarikat tersebut dan beberapa menteri hari ini.

Other News

Syarikat pengeluar wiski Timah bersetuju untuk mempertimbangkan penukaran nama dan imej bagi arak keluarannya susulan kontroversi yang tercetus bulan lalu di mana beberapa pihak mendakwa ia boleh mengelirukan penganut Islam.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Alexander Nanta Linggi berkata mesyuarat diadakan bersama wakil syarikat dan beberapa menteri lain hari ini.

“Syarikat Winepark Corporation (M) Sdn Bhd memohon tempoh satu minggu untuk berbincang dengan pemegang saham dan lembaga pengarah mereka bagi menukar nama dan imej pada label produk arak keluaran mereka,” kata Nanta dalam kenyataan hari ini.

“Perkara berkenaan adalah antara hasil keputusan yang dicapai dalam pertemuan wakil syarikat berkenaan bersama pihak kerajaan semalam.”

Menurut Nanta pertemuan yang dihadiri Menteri Komunikasi Dan Multimedia Annuar Musa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Idris Ahmad dan Menteri Perpaduan Negara Halimah Mohamed Sadique itu diadakan dalam suasana harmoni dan menghayai konsep Keluarga Malaysia bagi mencapai satu kesepakatan.

Ia juga merupakan pertemuan susulan selepas syarikat tersebut bertemu dengan MyIPO pada 25 Oktober lalu.

Hadir sama dalam pertemuan tersebut adalah Ketua Setiausaha KPDNHEP Hasnol Zam Zam, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga Dan Sumber Asli (KeTSA) Abdul Wahid Abu Salim dan Ketua Pengarah Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) Abdul Haris Lakar.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles