- Iklan -
Berita

Pakar sakit puan Malaysia cipta ‘kondom uniseks pertama di dunia’

Penciptanya berharap Kondom Uniseks Wondaleaf akan memperkasakan orang ramai untuk mengawal kesihatan seksual mereka dengan lebih baik.

Reuters
1 minit bacaan
Kongsi
Pencipta Kondom Uniseks Wondaleaf mahu orang ramai meningkatkan kesedaran mengenai kesihatan seksual mereka tanpa mengira jantina atau orientasi seksual.
Pencipta Kondom Uniseks Wondaleaf mahu orang ramai meningkatkan kesedaran mengenai kesihatan seksual mereka tanpa mengira jantina atau orientasi seksual.

Ginekologi atau pakar sakit puan warga Malaysia berjaya mencipta apa yang dikatakannya sebagai kondom uniseks pertama di dunia yang boleh digunakan oleh wanita atau lelaki dan diperbuat daripada bahan gred perubatan yang lazimnya digunakan sebagai pembalut untuk kecederaan dan luka.

Penciptanya berharap Kondom Uniseks Wondaleaf akan memperkasakan orang ramai untuk mengawal kesihatan seksual mereka dengan lebih baik tanpa mengira jantina atau orientasi seksual mereka.

“Ia pada asasnya kondom biasa dengan dilitupi pelekat,” kata ginekologi, John Tang Ing Chinh.

“Ia adalah kondom yang dilitupi pelekat yang melekat pada faraj atau zakar, serta menutup kawasan berdekatan untuk perlindungan tambahan,” kata Tang.

Pelekat itu hanya terdapat pada satu bahagian kondom berkenaan, tambahnya, bermakna ia boleh diterbalikkan dan digunakan oleh lelaki atau wanita.

Setiap kotak Wondaleaf mengandungi dua kondom dan berharga RM14.99 (AS$3.61).

Harga purata untuk sedozen kondom di Malaysia ialah RM20 hingga RM40.

Tang membuat kondom itu menggunakan “polyurethane”, bahan yang digunakan dalam pembalut luka lutsinar yang nipis dan fleksibel namun kuat dan kalis air.

“Sebaik sahaja memakainya, kamu tidak akan menyedari bahawa ia ada di sana,” katanya merujuk kepada pembalut yang diperbuat daripada bahan itu.

Tang berkata kondom itu melalui beberapa pusingan penyelidikan dan ujian klinikal dan akan tersedia secara komersil melalui laman sesawang syarikat itu Disember ini.

“Berdasarkan bilangan ujian klinikal yang telah kami jalankan, saya agak optimis bahawa jika diberikan masa masa ia akan menjadi tambahan bermakna kepada banyak kaedah kontraseptif yang digunakan dalam pencegahan kehamilan yang tidak diingini dan penyakit kelamin,” kata Tang.

Ikuti kami di Telegram untuk kemas kini terkini: https://t.me/malaysianowbm

Langgan berita kami

Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.

Kongsi

Artikel Berkaitan

Tiada artikel ditemui.