- Iklan -
Berita

Kes harian Singapura lepasi 5,300, tertinggi sejak pandemik melanda

Negara itu turut merekodkan 10 kes kematian akibat wabak.

Reuters
1 minit bacaan
Kongsi
Seorang lelaki duduk untuk ujian saringan Covid-19 percuma di Singapura. Lebih 80% warga negara itu telah menerima vaksin setakat ini. Gambar: Reuters
Seorang lelaki duduk untuk ujian saringan Covid-19 percuma di Singapura. Lebih 80% warga negara itu telah menerima vaksin setakat ini. Gambar: Reuters

Kementerian kesihatan Singapura melaporkan 5,324 kes baru Covid-19 pada Rabu, kes harian tertinggi sejak pandemik melanda negara itu.

Selain itu, Singapura turut melaporkan 10 kematian akibat Covid-19.

Kenaikan kes baru-baru ini selepas kelonggaran beberapa sekatan pergerakan diumumkan kerajaannya menyebabkan Singapura mengambil keputusan untuk menghentikan usaha pembukaan semula sektor-sektor ekonomi dan sosial di negara itu.

Sejak September lalu, Singapura turut memperketatkan langkah kesihatan dengan menghadkan pertemuan sosial kepada dua orang dan mewajibkan bekerja dari rumah.

Lebih dari 80% populasi negara itu telah menerima vaksin Covid-19.