Tuesday, December 7, 2021

Kes baru Covid-19 kekal lepasi 6,000

6,377 kes baru direkodkan menjadikan kes keseluruhan meningkat sebanyak 2,454,749.

Other News

Malaysia merekodkan kes baru sebanyak 6,377 kes menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 2,454,749 kes.

6,637 pesakit juga direkodkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan pesakit sembuh sebanyak 2,354,622.

Dalam pada itu, kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 564 kes di mana 500 daripadanya disahkan Covid-19.

Sementara itu pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan adalah sebanyak 294 kes di mana 207 adalah kes Covid-19.

Dari 6,377 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, 101 kes (1.6%) adalah daripada Kategori Tiga, Empat, dan Lima, dan 6,276 kes (98.4%) lagi adalah terdiri daripada Kategori Satu dan Dua.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles