- Iklan -
Berita

94.9% dewasa, 74% populasi lengkap divaksinasi

97.6% populasi dewasa telah menerima sekurang-kurangnya satu suntikan vaksin.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Seorang bapa menguruskan pendaftaran vaksinasi anaknya di Pusat Pemberian Vaksin KPJ Tawakkal, Jalan Pahang.
Seorang bapa menguruskan pendaftaran vaksinasi anaknya di Pusat Pemberian Vaksin KPJ Tawakkal, Jalan Pahang.

24,165,940 individu atau 94.9% populasi dewasa di seluruh negara lengkap divaksinasi setakat semalam.

Sementara itu, 25,431,328 atau 97.6% populasi dewasa telah menerima sekurang-kurangnya satu suntikan vaksin termasuk suntikan vaksin dos tunggal CanSino.

Bagi populasi keseluruhan, 74% telah menerima vaksinasi lengkap dan 77.9% lagi telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin termasuk suntikan tunggal vaksin CanSino.

Sejumlah 147,242 dos vaksin telah diberikan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan vaksin diberikan di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan kepada 49,581,855.

Kelantan dan Sabah kekal berada di bawah kadar 80% vaksinasi bagi dewasa masing-masing 78.2% dan 72.7%.