Tuesday, December 7, 2021

Kes harian Covid-19 kembali lepasi 6,000

6,148 kes direkodkan menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 2,448,372 kes.

Other News

Malaysia merekodkan kes baru sebanyak 6,148 kes menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 2,448,372 kes.

7,595 pesakit juga direkodkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan pesakit sembuh sebanyak 2,347,985.

Dalam pada itu, kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 563 kes di mana 495 daripadanya disahkan Covid-19.

Sementara itu pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan adalah sebanyak 292 kes di mana 211 adalah kes Covid-19.

Dari 6,148 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, 101 kes (1.6%) adalah daripada Kategori Tiga, Empat, dan Lima, dan 6,047 kes (98.3%) lagi adalah terdiri daripada Kategori Satu dan Dua.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles