- Iklan -
Berita

94.8% dewasa, 58.8% remaja lengkap divaksinasi

97.5% populasi dewasa telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Petugas kesihatan membuat persediaan sebelum memberi suntikan vaksin Pfizer kepada Azrif Arfan Cama Adrian yang berusia 12 tahun di Pusat Pemberian Vaksin KPJ Tawakkal, Jalan Pahang.
Petugas kesihatan membuat persediaan sebelum memberi suntikan vaksin Pfizer kepada Azrif Arfan Cama Adrian yang berusia 12 tahun di Pusat Pemberian Vaksin KPJ Tawakkal, Jalan Pahang.

Sebanyak 22,191,734 atau 94.8% kadar populasi dewasa di negara ini sudah lengkap menerima vaksin Covid-19 setakat 11.59 malam tadi (26 Oktober), menurut data kementerian kesihatan (KKM) menerusi laman CovidNow.

Sejumlah 97.5% atau 22,830,806 individu bagi populasi dewasa pula telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sejumlah 181,160 dos suntikan vaksin telah diberikan semalam melibatkan 136,290 suntikan dos lengkap dan 22,178 menerima suntikan dos pertama menjadikan jumlah kumulatif vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 49,434,613.

Setakat semalam juga, sebanyak 1,851,024 atau 58.8% individu bagi golongan remaja berusia 12 hingga 17 tahun telah lengkap divaksin manakala 82% atau 2,581,280 individu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Selain itu, sejumlah 22,692 dos penggalak vaksin Covid-19 (booster) diberikan semalam menjadikan jumlah kumulatif kini sebanyak 146,469.