Sunday, December 5, 2021

Sidang Dewan Rakyat tumpu inisiatif elak peningkatan kes di PRN Melaka

Menteri sumber manusia juga dijangka menjelaskan pendirian kerajaan untuk menaikkan gaji minimum pada kadar RM1,200 sebulan.

Other News

Menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, persidangan Dewan Rakyat hari ini dijangka tertumpu kepada inisiatif yang akan dilaksanakan kerajaan bagi mengelak peningkatan kes Covid-19 seperti yang berlaku di PRN Sabah, tahun lepas.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat, perkara itu dijadual dibangkitkan semasa sesi soal jawab lisan menteri yang akan diajukan Steven Choong Shiau Yoon (Bebas-Tebrau) kepada Perdana Menteri.

Robert Lawson Chuat (GPS-Betong) pula meminta menteri perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna menyatakan inisiatif Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) berkaitan pengenalan mekanisme penyelamat korporat untuk membantu entiti perniagaan bermasalah.

Pada sesi jawab lisan, Wong Kah Woh (PH-Ipoh Timur) akan meminta menteri kesihatan menyatakan sama ada kementerian sedang atau telah mula meneliti kesesuaian dan keberkesanan penggunaan vaksin Covid-19 bagi kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah.

Rusnah Aluai (PH-Tangga Batu) pula meminta menteri sumber manusia untuk menyatakan pendirian kerajaan untuk menaikkan gaji minimum pada kadar RM1,200 sebulan memandangkan sejumlah besar rakyat terbeban akibat pandemik Covid-19.

Selain itu, sebanyak 10 Rang Undang-Undang disenaraikan dalam Aturan Urusan Mesyuarat dan Usul-usul untuk bacaan kali kedua, hari ini.

Antaranya Rang Undang-Undang Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Pindaan) 2021, Rang Undang-Undang Pemuliharaan Hidupan Liar (Pindaan) 2021 dan Rang Undang-Undang Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) (Pindaan) 2021.

Persidangan Dewan Rakyat kali ini akan berlangsung selama 32 hari hingga 16 Disember.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles