Saturday, November 27, 2021

Zahid beri keterangan isu kapal peronda kepada PAC

Pengerusi PAC Wong Kah Woh berkata Zahid memberikan penjelasan hampir dua jam berhubung perolehan pertahanan terbesar dalam sejarah Mindef.

Other News

Bekas Menteri Pertahanan Ahmad Zahid Hamidi hari ini memberikan keterangan dan penjelasan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berhubung kegagalan pembekalan enam kapal peronda generasi kedua Littoral Combatant Ship (LCS) oleh kementerian pertahanan melibatkan nilai lebih RM9 bilion.

Pengerusi PAC Wong Kah Woh berkata Zahid yang juga ahli Parlimen Bagan Datuk, menjawat jawatan menteri pertahanan dari 10 April 2009 hingga 16 Mei 2013, telah memberikan penjelasan hampir dua jam berhubung isu itu yang merupakan perolehan pertahanan terbesar dalam sejarah kementerian pertahanan (Mindef).

Beliau berkata Zahid merupakan saksi keenam yang dipanggil PAC untuk isu ini, selain Ketua Setiausaha Mindef Muez Abdul Aziz, bekas Panglima Tentera Laut Jen (B) Abdul Aziz Jaafar dan Ketua Pegawai Operasi Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) Low Kok Chiang.

“PAC memandang serius isu ini memandangkan sehingga Oktober 2020, sejumlah RM6.083 bilion telah dibayar namun tidak ada sebuah pun kapal LCS yang siap dibina walaupun mengikut jadual sepatutnya dua kapal LCS telah siap dibina setakat ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Isu tersebut telah dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2019 Siri 1 (Pengauditan Pematuhan Kementerian/Jabatan Persekutuan) dan juga dalam Laporan Siasatan Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK) Jabatan Perdana Menteri yang diterbitkan pada 2019.

Wong berkata bagi melengkapkan siasatan isu itu, PAC turut bercadang mengadakan lawatan ke limbungan kapal LCS yang dimiliki BNS  di Lumut, Perak dalam masa yang akan ditetapkan.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles