Saturday, November 27, 2021

PM Sudan dan 4 menteri ditahan

Media tempatan melaporkan penduduk memenuhi jalan-jalan di Khartoum sebagai membantah cubaan rampasan kuasa tentera itu.

Other News

Pasukan tentera tidak dikenali mengepung kediaman Perdana Menteri Sudan Abdalla Hamdok dan beliau kini dikenakan tahanan di rumah, lapor akhbar harian Arab News.

Empat menteri kabinet dan seorang wakil awam Majlis Berdaulat turut ditahan pada pagi Isnin, menurut akhbar itu memetik laporan TV Al-Hadath.

Gambar yang tular di media sosial menunjukkan Menteri Perindustrian dan Perdagangan Sudan Ibrahim al-Sheikh, menteri penerangan serta penasihat media Hamdok turut ditahan.

Media tempatan melaporkan penduduk memenuhi jalan-jalan di Khartoum sebagai membantah cubaan rampasan kuasa tentera itu.

Perkhidmatan internet dan telefon turut mengalami gangguan.

Pada Ahad, polis di Khartoum bertindak menggunakan gas pemedih mata terhadap penunjuk perasaan yang menuntut peralihan kuasa daripada tentera kepada kerajaan awam, menurut Sputnik.

Penunjuk perasaan dilaporkan berkumpul berhampiran istana presiden, menghalang beberapa jalan di Khartoum.

Pada Khamis, ribuan penunjuk perasaan mengadakan protes di bandar Khartoum, Omdurman, Nyala, Ed Dueim dan di tempat lain, mereka melaungkan “Hand over power, Burhan” merujuk kepada ketua Majlis Berdaulat, Jeneral Abdel Fattah al-Burhan.

Tempoh majlis peralihan Sudan akan berakhir bulan depan dan selepas itu majlis tentera akan mengambil alih pentadbiran.

Sudan menghadapi rampasan kuasa tentera pada April 2019 menyaksikan Presiden Omar Hassan al-Bashir, yang memerintah selama 30 tahun, digulingkan dan dipenjarakan.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles