- Iklan -
Berita

94.6% dewasa, 72.8% populasi lengkap divaksin ketika jumlah suntikan lepasi 49 juta

97.5% populasi dewasa telah menerima sekurang-kurangnya satu suntikan vaksin termasuk suntikan vaksin dos tunggal CanSino.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Pengunjung melawat Tasir Kenyir di Terengganu selepas kelonggaran diberikan kepada mereka yang lengkap divaksinasi di bawah Pelan Pemulihan Negara.
Pengunjung melawat Tasir Kenyir di Terengganu selepas kelonggaran diberikan kepada mereka yang lengkap divaksinasi di bawah Pelan Pemulihan Negara.

23,766,414 individu atau 94.6% populasi dewasa di seluruh negara lengkap divaksinasi setakat semalam.

Sementara itu, 25,366,353 atau 97.5% populasi dewasa telah menerima sekurang-kurangnya satu suntikan vaksin termasuk suntikan vaksin dos tunggal CanSino.

Bagi populasi keseluruhan, 72.8% telah menerima vaksinasi lengkap dan 77.7% lagi telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin termasuk suntikan tunggal vaksin CanSino.

Sejumlah 124,540 dos vaksin telah diberikan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan vaksin diberikan di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan kepada 49,069,291.

Kelantan dan Sabah kekal berada di bawah kadar 80% vaksinasi bagi dewasa masing-masing 77.6% dan 72.2%.