Monday, December 6, 2021

Kes harian Covid-19 catat 5,666 jangkitan baru

Malaysia kini mengumpul kes keseluruhan Covid-19 sebanyak 2,431,716.

Other News

Malaysia merekodkan kes baru sebanyak 5,666 menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 2,431,716 kes.

6,978 pesakit juga direkodkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan pesakit sembuh sebanyak 2,327,369.

Dalam pada itu, kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 601 kes di mana 522 daripadanya disahkan Covid-19.

Sementara itu pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan adalah sebanyak 299 kes di mana 222 adalah kes Covid-19.

Dari 5,666 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, 107 kes (1.9%) adalah daripada Kategori Tiga, Empat, dan Lima, dan 5,559 kes (98.1%) lagi adalah terdiri daripada Kategori Satu dan Dua.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles