- Iklan -
Berita

Kes harian Covid-19 catat 5,828 jangkitan baru

Malaysia rekod kes keseluruhan sebanyak 2,426,050 jangkitan Covid-19 setakat ini.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Pejalan kaki melintasi jalan raya di Kuala Lumpur. Dengan pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara, orang ramai kini menikmati kelonggaran menjalankan aktiviti sosial dan ekonomi.
Pejalan kaki melintasi jalan raya di Kuala Lumpur. Dengan pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara, orang ramai kini menikmati kelonggaran menjalankan aktiviti sosial dan ekonomi.

Malaysia merekodkan kes baru sebanyak 5,828 menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 2,426,050 kes.

9,178 pesakit juga direkodkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan pesakit sembuh sebanyak 2,426,050.

Dalam pada itu, kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 620 kes di mana 533 daripadanya disahkan Covid-19.

Sementara itu pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan adalah sebanyak 297 kes di mana 229 adalah kes Covid-19.

Dari 5,828 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, 97 kes (1.7%) adalah daripada Kategori Tiga, Empat, dan Lima, dan 5,731 kes (98.3%) lagi adalah terdiri daripada Kategori Satu dan Dua.