- Iklan -
Berita

Kes harian Covid-19 kekal di paras 6,000

6,630 kes baru direkodkan menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 2,420,222.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Pengunjung sedang beratur menunggu giliran untuk ke Sky Box ketika melawat Menara KL selepas pergerakan orang ramai dilonggarkan di bawah Pelan Pemulihan Negara.
Pengunjung sedang beratur menunggu giliran untuk ke Sky Box ketika melawat Menara KL selepas pergerakan orang ramai dilonggarkan di bawah Pelan Pemulihan Negara.

Malaysia merekodkan kes baru sebanyak 6,630 menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 2,420,222 kes.

7,630 pesakit juga direkodkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan pesakit sembuh sebanyak 2,311,213.

Dalam pada itu, kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 653 kes di mana 521 daripadanya disahkan Covid-19.

Sementara itu pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan adalah sebanyak 322 kes di mana 230 adalah kes Covid-19.

Dari 6,630 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, 101 kes (1.5%) adalah daripada Kategori Tiga, Empat, dan Lima, dan 7,414 kes (97.7%) lagi adalah terdiri daripada Kategori Satu dan Dua.