Tuesday, December 7, 2021

Johor, Terengganu bakal beralih ke Fasa 4 PPN

Peralihan itu akan berkuat kuasa pada 25 Oktober ini.

Other News

Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik Covid-19 hari ini mengumumkan Johor dan Terengganu beralih ke Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara berkuar kuasa 25 Oktober 2021.

Dengan peralihan tersebut, Johor dan Terengganu bakal menyertai Putrajaya, Selangor, Kuala Lumpur, Melaka, Pahang, Negeri Sembilan dan Labuan.

Hanya Perlis, Sarawak, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan dan Sabah sahaja yang masih berada di Fasa Tiga PPN ketika ini.

Dalam sebuah kenyataan, Ismail turut berkata Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik Covid-19 bersetuju agar kemudahan vaksinasi lengkap untuk golongan dewasa ketika ini turut diperluaskan kepada golongan remaja yang telah divaksin lengkap.

“Ini bermakna, syarat vaksinasi lengkap bagi remaja berumur antara 12 hingga 17 tahun akan dinyatakan dalam semua SOP,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata ia tidak akan dilaksanakan serta merta. Pihak Kerajaan akan selaraskan kemudahan-kemudahan berkaitan dan memberi golongan remaja “grace period” selama 3 minggu atau sehingga pertengahan bulan November.

“Tempoh ini adalah bagi memastikan kira-kira 80% remaja yang telah menerima dos pertama ketika ini, selesai divaksin lengkap,” katanya.

Ismail turut berkata SOP bagi program gelembung pelancongan di Langkawi dan kemasukan pekerja asing ke dalam Malaysia terutama bagi memenuhi keperluan sektor perladangan turut diputuskan jawatankuasa tersebut.

“Kerajaan menyeru dengan kelonggaran-kelonggaran yang diberikan ini, ia dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh rakyat dengan penuh disiplin dan rasa tanggungjawab,” katanya.

“Kejayaan membawa negara keluar daripada pandemik ini tidak hanya bergantung kepada usaha dan strategi kerajaan semata-mata.

“Sebaliknya, ia juga sangat bergantung kepada tahap pematuhan masyarakat kepada SOP yang telah ditetapkan. Justeru, pakai pelitup muka, amalkan penjarakan fizikal dan sentiasa menjaga kebersihan dan keselamatan diri.”

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles