- Iklan -
Berita

94.3% dewasa, 71.8% populasi lengkap divaksinasi

235,607 dos vaksin diberikan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan vaksin diberikan di bawah PICK kepada 48,673,215.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Seorang wanita menyemak sijil digital vaksinasi lengkap dalam aplikasi Mysejahtera.
Seorang wanita menyemak sijil digital vaksinasi lengkap dalam aplikasi Mysejahtera.

23,451,810 individu atau 94.3% populasi dewasa di seluruh negara lengkap divaksinasi setakat semalam.

Sementara itu, 25,285,399 atau 97.4% populasi dewasa telah menerima sekurang-kurangnya satu suntikan vaksin termasuk suntikan vaksin dos tunggal CanSino.

Bagi populasi keseluruhan, 71.8% telah menerima vaksinasi lengkap dan 77.5% lagi telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin termasuk suntikan tunggal vaksin CanSino.

Sejumlah 235,607 dos vaksin telah diberikan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan vaksin diberikan di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan kepada 48,673,215.

Kelantan dan Sabah kekal berada di bawah kadar 80% vaksinasi bagi dewasa masing-masing 77.3% dan 71.5%.