Tuesday, December 7, 2021

WHO sahkan penilaian vaksin Sputnik V di fasa akhir

Sepasukan pegawai pemeriksa WHO akan ke Rusia dalam masa terdekat bagi proses penilaian tersebut.

Other News

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesahkan penilaian awal vaksin Covid-19 Sputnik V keluaran Rusia kini sudah di fasa akhir.

Sepasukan pegawai pemeriksa akan ke Rusia dalam masa terdekat, kata Dana Pelaburan Langsung Rusia (RDIF) pada Rabu.

“@WHO mengesahkan proses pra-kelayakan Sputnik V berada di landasan yang tepat dan kini sudah memasuki fasa akhir.

“Sekumpulan pegawai¬†pemeriksa WHO akan ke Rusia dalam masa terdekat untuk mengumpulkan semua hasil pemeriksaan & dokumen yang diperlukan mengenai¬†#SputnikV, satu daripada vaksin paling selamat & berkesan di dunia,” memetik akaun Twitter Sputnik V.

Sputnik V diluluskan di 70 negara dengan jumlah penduduk empat bilion orang, melebihi 50% daripada populasi dunia.

Vaksin itu adalah yang kedua di dunia paling banyak mendapat kelulusan daripada pihak pengawal selia kerajaan.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles