- Iklan -
Berita

Singapura catat kes kematian tertinggi akibat Covid-19 dalam tempoh sehari

Singapura turut melaporkan 3,862 kes baru Covid-19 semalam.

Reuters
1 minit bacaan
Kongsi
Warga Singapura memakai pelitup muka bagi membendung jangkitan Covid-19. Gambar: AP
Warga Singapura memakai pelitup muka bagi membendung jangkitan Covid-19. Gambar: AP

Kementerian kesihatan Singapura melaporkan 18 kematian akibat Covid-19 pada Rabu, kes kematian harian tertinggi sejak pandemik melanda negara itu.

Selain itu, Singapura turut melaporkan 3,862 kes baru Covid-19.

Kenaikan kes baru-baru ini selepas kelonggaran beberapa sekatan pergerakan diumumkan kerajaannya menyebabkan Singapura mengambil keputusan untuk menghentikan usaha pembukaan semula sektor-sektor ekonomi dan sosial di negara itu.

Sejak September lalu, Singapura turut memperketatkan langkah kesihatan dengan menghadkan pertemuan sosial kepada dua orang dan mewajibkan bekerja dari rumah.

Lebih dari 80% populasi negara itu telah menerima vaksin Covid-19.