- Iklan -
Berita

Amanah akan ketuai kempen PH di Melaka

Gabungan itu berharap kempen bersemuka dengan pengundi dibenarkan.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Pemimpin Pakatan Harapan dari kiri: Mohamad Sabu, Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng. Gambar: Bernama
Pemimpin Pakatan Harapan dari kiri: Mohamad Sabu, Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng. Gambar: Bernama

Pakatan Harapan (PH) hari ini berkata bekas ketua menteri Melaka Adly Zahari akan mengetuai kempen gabungan itu dalam pilihan raya negeri (PRN) yang akan dilaksanakan November depan.

Gabungan tersebut yang sebelum ini membantah langkah mengadakan PRN dengan hujah wabak pandemik Covid-19 turut berkata ia akan berbincang dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi memastikan kempen dengan cara bertemu pengundi tidak terjejas.

Dalam pada itu, pemimpin utama PH berkata ia akan tidak akan meletakkan Norhizam Hassan Baktee sebagai calon PH selari dengan gesaan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng supaya PH menolak untuk menamakan Adun Pengkalan Batu itu sebagai calon PRN.

Norhizam meninggalkan DAP selepas kerajaan negeri tumbang pada 2020.

Dewan Undangan Negeri Melaka terbubar pada 4 Oktober selepas Ketua Menteri Sulaiman Md Ali hilang kepercayaan majoriti apabila empat ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) menarik sokongan terhadapnya.

Empat Adun itu diketuai oleh bekas ketua menteri Melaka, Idris Haron (Sungai Udang).

Tiga lagi ialah Nor Azman Hassan (Pantai Kundor), Norhizam Hassan Baktee (Pengkalan Batu) dan Noor Effandi Ahmad (Telok Mas).

PRN Melaka akan diadakan pada 20 November depan.