- Iklan -
Berita

94.2% dewasa, 71.2% populasi lengkap divaksinasi

25,285,399 atau 97.3% populasi dewasa telah menerima sekurang-kurangnya satu suntikan vaksin termasuk suntikan vaksin dos tunggal CanSino.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Petugas kesihatan  memberi penerangan sebelum memberi suntikan vaksin kepada Orang Asli Temuan di Kampung Orang Asli Buluh Telur, Kuala Kubu Bharu.
Petugas kesihatan memberi penerangan sebelum memberi suntikan vaksin kepada Orang Asli Temuan di Kampung Orang Asli Buluh Telur, Kuala Kubu Bharu.

23,265,448 individu atau 94.2% populasi dewasa di seluruh negara lengkap divaksinasi setakat semalam.

Sementara itu, 25,285,399 atau 97.3% populasi dewasa telah menerima sekurang-kurangnya satu suntikan vaksin termasuk suntikan vaksin dos tunggal CanSino.

Bagi populasi keseluruhan, 71.2% telah menerima vaksinasi lengkap dan 77.4% lagi telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin termasuk suntikan tunggal vaksin CanSino.

Sejumlah 256,497 dos vaksin telah diberikan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan vaksin diberikan di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan kepada 48,437,608.

Kelantan dan Sabah kekal berada di bawah kadar 80% vaksinasi bagi dewasa masing-masing 77.1% dan 71.3%.