Saturday, November 27, 2021

Umno Arau gesa BN kerjasama dengan PN dalam PRN Melaka

Keputusan itu dicapai sebulat suara oleh Umno Bahagian Arau untuk bekerjasama dengan Bersatu dan PAS yang berada dalam PN bagi menjamin kemenangan dalam PRN Melaka.

Other News

Bekas orang kuat Umno Perlis, Shahidan Kassim menyeru Umno dan Barisan Nasional (BN) bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang dijadualkan pada 20 November ini.

Katanya, keputusan itu dicapai sebulat suara oleh Umno Bahagian Arau untuk bekerjasama dengan Bersatu dan PAS yang berada dalam PN bagi menjamin kemenangan yang mudah dalam PRN tersebut.

“Kita akan beri gambaran tak baik mengenai pembentukan kerajaan yang sekarang kerana ia dibentuk antara parti-parti politik yang duduk bersama.

“Timbalan Presiden (Mohamad Hassan) kata Umno kuat, kalau Umno kuat, mintalah kerusi lebih,” kata ahli Parlimen Arau itu kepada MalaysiaNow hari ini.

Kenyataan Shahidan yang juga menteri Wilayah Persekutuan itu dilihat senada dengan Ahli Majlis Tertinggi Umno Zahidi Zainul Abidin yang mahu parti Melayu itu bekerjasama bersama parti lain dalam menghadapi PRN Melaka.

Teka-teki mengenai rakan sekutu parti Melayu terbesar itu masih belum terjawab apabila Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi semalam menyatakan partinya dan BN masih belum putuskan kerjasama dengan mana-mana parti bagi menghadapi PRN Melaka.

Setiausaha Agung PN Hamzah Zainuddin mengumumkan semalam kerjasama politik bersama Umno akan dibentuk dalam masa terdekat.

Dewan Undangan Negeri Melaka terbubar selepas Ketua Menteri Sulaiman Md Ali hilang kepercayaan majoriti apabila empat ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) menarik sokongan terhadapnya.

Empat Adun itu diketuai oleh bekas ketua menteri Melaka, Idris Haron (Sungai Udang).

Tiga lagi ialah Nor Azman Hassan(Pantai Kundor), Norhizam Hassan Baktee (Pengkalan Batu) dan Noor Effandi Ahmad (Telok Mas).

Shahidan yang dipecat Zahid sebagai pengerusi Umno Perlis itu berkata, peluang agak tipis untuk parti Melayu itu memenangi PRN Melaka jika bertanding secara solo.

28 kerusi DUN Melaka akan menjadi rebutan parti-parti politik pada PRN kali ini.

Sebelum ini BN memegang 12 kerusi, DAP (7) Bersatu (2), PKR (2), Amanah (2) dan Bebas (3).

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles