Saturday, November 27, 2021

Pemuda Umno Arau adu Shahidan langgar disiplin

Shahidan dituduh membuat ucapan bertentangan dengan keputusan Umno dalam sebuah majlis pelancaran mesyuarat parti itu.

Other News

Pemuda Umno Arau membuat aduan terhadap Shahidan Kassim, menuduh beliau melanggar disiplin dalam sebuah majlis parti itu baru-baru ini termasuk membuat ucapan yang bertentangan dengan keputusan parti selain mengibarkan bendera Bersatu bersama bendera Umno.

Dalam sebuah surat aduan bertarikh 18 Oktober yang dilihat MalaysiaNow, Ketua Pemuda Umno Arau Syed Atif Syed Abu Bakar berkata Shahidan secara jelas melanggar disiplin ketika Majlis Perasmian Mesyuarat Cawangan Bahagian Arau pada 17 Oktober jam 9 malam di Pusat Khidmat Kubang Gajah.

“Shahidan Kassim selaku ketua Umno Arau melakukan perkara berikut; mengibarkan bendera Bersatu bersama-sama bendera Umno sebagai hiasan di ruang majlis perasmian.

“Mengedarkan draf usul yang jelas bertentangan dengan keputusan parti kepada ketua cawangan dan ketua sayap cawangan,” katanya.

Syed Atif turut berkata Shahidan juga turut membuat ucapan yang bertentangan dengan keputusan parti dalam majlis tersebut.

“Aduan ini secara asasnya dibuat bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan ahli dan pimpinan pelbagai peringkat, khususnya Bahagian Arau dan Perlis.

“Sehubungan itu, demi menjaga nama baik dan maruah parti, serta mengelakkan masalah perpecahan lebih serius.

“Besarlah harapan saya sekiranya aduan ini dapat diberi perhatian yang sewajarnya oleh Datuk Seri, agar tindakan dan pengajaran tegas tanpa memilih bulu diambil.”

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles