- Iklan -
Berita

Mahkamah Persekutuan benar rayuan Shafee berhubung saman fitnah terhadap Majlis Peguam

Dua lagi responden ialah bekas peguam negara Tommy Thomas dan bekas hakim Mahkamah Rayuan V.C. George.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Peguam Shafee Abdullah di Mahkamah Tinggi pada 14 Oktober lalu. Gambar: Bernama
Peguam Shafee Abdullah di Mahkamah Tinggi pada 14 Oktober lalu. Gambar: Bernama

Mahkamah Persekutuan hari ini membenarkan rayuan peguam kanan Muhammad Shafee Abdullah berhubung saman fitnahnya terhadap Majlis Peguam dan dua lagi berhubung peranannya sebagai timbalan pendakwa raya dalam kes liwat II, Anwar Ibrahim.

Dua lagi responden ialah bekas peguam negara Tommy Thomas dan bekas hakim Mahkamah Rayuan V.C. George.

Panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan diketuai presiden Mahkamah Rayuan Rohana Yusuf dan dua hakim Mahkamah Persekutuan terdiri daripada Vernon Ong Lam Kiat dan Abdul Rahman Sebli juga mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan dan mengarahkan kes itu dikembalikan ke Mahkamah Tinggi untuk penilaian ganti rugi terhadap Majlis Peguam selaku responden ketiga.

Hakim Abdul Rahman ketika membacakan keputusan sebulat suara itu berkata mahkamah tidak membuat perintah yang sama terhadap Thomas dan George, kerana responden pertama dan kedua mereka bukan badan berkanun yang terikat dengan Seksyen 99(1) Akta Profesion Undang-Undang 1976.

Beliau berkata rayuan itu hanya berkaitan dengan persoalan sama ada responden bertanggungjawab dalam tort pelanggaran kewajipan statutori dan bukan untuk sebab-sebab lain tindakan, iaitu fitnah dan konspirasi untuk memfitnah.