- Iklan -
Berita

Kes harian Covid-19 bawah 6,000 bagi hari ketiga

5,516 kes direkodkan hari ini menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 2,407,382 kes.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Penjual air tebu sedang membungkus jualan untuk pelanggan. Aktiviti perniagaan mulai aktif selepas kelonggaran diberikan kepada peniaga kecil untuk jalankan aktiviti perniagaan dalam tempoh hingga tengah malam.

Malaysia merekodkan kes baru sebanyak 5,516 menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 2,407,382 kes.

9,401 pesakit juga direkodkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan pesakit sembuh sebanyak 2,297,289.

Dalam pada itu, kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 669 kes di mana 572 daripadanya disahkan Covid-19.

Sementara itu pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan adalah sebanyak 333 kes di mana 241 adalah kes Covid-19.

Dari 5,516 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, 122 kes (1.8%) adalah daripada Kategori Tiga, Empat, dan Lima, dan 7,414 kes (97.7%) lagi adalah terdiri daripada Kategori Satu dan Dua.