- Iklan -
Berita

Kadar vaksinasi meningkat, 70.6% populasi lengkap divaksinasi

94% populasi dewasa telah lengkap divaksinasi sementara 97.2% lagi telah menerima satu suntikan vaksin.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Seorang wanita berjalan melalui sebuah mural sambil melayari internet pada telefon bimbitnya di Jalan Panggung. Orang ramai yang lengkap divaksinasi mendapat kelonggaran untuk mula menjalani kehidupan lebih normal selepas lama menjalani sekatan pergerakan.

48,181,111 suntikan dos vaksin telah diberikan di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) termasuk 134,684 dos yang diberikan semalam.

Ia menjadikan jumlah keseluruhan individu lengkap divaksinasi sebanyak 23,052,952 dan mereka yang telah menerima sekurang-kurangnya satu suntikan sebanyak 25,256,025.

Dari sudut peratusan, 94% populasi dewasa telah lengkap divasinasi sementara 97.2% lagi telah menerima satu suntikan vaksin.

Sementara itu, bagi populasi keseluruhan, 70.6% populasi telah menerima vaksin lengkap dan 77.3% lagi telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin termasuk suntikan tunggal vaksin CanSino.

Kelantan dan Sabah kekal berada di bawah kadar 80% vaksinasi bagi dewasa masing-masing 76.8% dan 71%.