Thursday, November 25, 2021

Facebook rancang tukar nama baru, kata laporan

Penjenamaan semula itu mungkin akan menyaksikan Facebook dan aplikasi lain diletakkan di bawah sebuah syarikat induk.

Other News

Syarikat gergasi media sosial Facebook Inc sedang merancang untuk membuat penjenamaan semula syarikat itu dengan nama baru minggu depan, lapor Verge pada Selasa, memetik satu sumber mengetahui perancangan tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif Facebook Mark Zuckerberg merancang untuk membincangkan perubahan nama dalam persidangan Connect yang dilakukan setiap tahun pada 28 Oktober depan, namun penjenamaan itu mungkin akan diumumkan lebih awal, lapor Verge.

Penjenamaan semula itu mungkin akan meletakkan aplikasi media sosial Facebook sebagai salah satu daripada pelbagai produk di bawah sebuah syarikat induk, yang turut memiliki aplikasi lain termasuk Instagram, WhatsApp, Oculus dan pelbagai aplikasi lain.

Bagaimanapun, Facebook tidak memberi respons segera ketika dihubungi untuk memberi ulasan berkenaan keputusan tersebut.

 

 

 

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles