- Iklan -
Berita

Najib sertai Rosmah dalam lawatan kali pertama ke luar negara sejak tumbang

Bekas perdana menteri itu diberikan pelepasan pasport bagi sementara waktu untuk melawat anaknya di Singapura.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor dibenarkan menggunakan pasport untuk ke Singapura bagi melawat anaknya yang bakal melahirkan anak kedua. Gambar: Bernama
Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor dibenarkan menggunakan pasport untuk ke Singapura bagi melawat anaknya yang bakal melahirkan anak kedua. Gambar: Bernama

Bekas perdana menteri hari ini dibenarkan untuk memperoleh semula pasportnya buat sementara waktu bagi membolehkannya ke Singapura bagi menemani anak perempuannya yang akan bersalin di republik itu, menyertai isterinya Rosmah Mansor yang turut dibenarkan mendapatkan pasportnya.

Menurut laporan Malaysiakini, panel tiga hakim dipengerusikan Kamaludin Md Said pagi ini sebulat suara membenarkan permohonan Najib.

Beliau dibenarkan menggunakan pasportnya dari 20 Oktober hingga 22 November.

Najib disabitkan bersalah Julai tahun lalu di atas tujuh pertuduhan pecah amanah, pengubahan wang haram dan salah guna kuasa melibatkan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.

Beliau kini dalam proses rayuan terhadap sabitannya di Mahkamah Rayuan.

Dalam afidavit sokongannya, Najib berkata anak perempuannya itu kini menetap di Singapura bersama suami dan anak sulungnya yang berusia empat tahun.

Najib juga berkata beliau juga tidak mempunyai risiko untuk melarikan diri kerana keluarga dan kerjayanya sebagai seorang bekas menteri dan menteri besar selain sumber pendapatan serta hartanya berada di Malaysia.

“Tambahan pula, saya sedang berada di bawah ikat jamin RM7 juta dan ia bukanlah jumlah yang kecil. Saya juga telah menghadiri kesemua tarikh perbicaraan yang ditetapkan mahkamah sebelum ini,” katanya.

MENYUSUL LAGI