- Iklan -
Berita

Melaka adakan pilihan raya pada 20 November

Ini adalah pilihan raya pertama selepas PRN Sabah yang diadakan September tahun lalu.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Suruhanjaya Pilihan Raya hari ini mengumumkan PRN Melaka diadakan pada November depan. Gambar: Bernama
Suruhanjaya Pilihan Raya hari ini mengumumkan PRN Melaka diadakan pada November depan. Gambar: Bernama

Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan diadakan pada 20 November depan, ia merupakan yang pertama diadakan selepas Sabah yang diadakan September tahun lepas.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), hari penamaan calon ditetapkan pada 8 November dan tarikh undi awal diadakan pada 18 November.

SPR berkata pihaknya menerima pemakluman rasmi mengenai pembubaran Dewan Undangan Negara (DUN) Melaka pada 4 Oktober lalu.

Sehubungan itu mesyuarat khas SPR yang diadakan hari ini menetapkan PRN perlu diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh pembubaran bagi mengisi 28 kerusi DUN Melaka.

“Tempoh berkempen ditetapkan 12 hari bermula selepas pengisytiharan calon-calon yang bertanding pada 8 November 2021 (Isnin) sehingga pukul 11.59 malam, 19 November 2021 (Jumaat).

Berhubung undi pos luar negara dan dalam negara bagi PRN Melaka adalah seperti berikut:

Tarikh buka20 Oktober 2021 (Rabu)
Tarikh tutup Kategori 1A (petugas pilihan raya, pegawai SPR, polis, tentera, media)3 November 2021 (Rabu)
Tarikh tutup Kategori 1B (pengundi luar negara)1 November 2021 (Isnin)
Tarikh tutup Kategori 1C (9 agensi sektor keselamatan & kesihatan)1 November 2021 (Isnin)

Dalam pada itu, SPR turut berkata permohonan undi pos untuk kategori 1B (Pengundi Luar Negara) dan Kategori 1C (9 Agensi dalam Sektor Keselamatan & Kesihatan) bagi tujuan PRU DUN Melaka Ke-15 akan dilaksanakan secara dalam talian berbanding secara manual sebelum ini.

Menurutnya, pemohon perlu mendaftarkan akaun di MySPR Daftar terlebih dahulu sebelum memohon sebagai pengundi pos.

Permohonan untuk mengundi secara pos ini boleh dilakukan melalui MySPR Daftar di pautan https://mysprdaftar.spr.gov.my.