Wednesday, December 8, 2021

Kerajaan bertegas dengan sekatan kepada golongan antivaksin

Hishammuddin berkata walaupun golongan antivaksin berhak untuk tidak divaksinasi namun ia tidak bermaksud kelonggaran akan turut diberikan kepada mereka.

Other News

Menteri Pertahanan Hishammuddin Hussein hari ini menegaskan kerajaan tidak akan berkompromi dengan golongan yang enggan divaksinasi, mengatakan tindakan itu adalah untuk keselamatan orang ramai.

Pada sidang media hari ini, beliau berkata golongan antivaksin tidak boleh merasakan hak untuk tidak divaksinasi bermakna kelonggaran akan diberikan kepada mereka.

Sehubungan itu, beliau berkata kerajaan “tidak akan kompromi” dengan golongan tersebut yang tidak dapat menikmati kelonggaran seperti mereka yang divaksinasi.

“Kerajaan tidak menzalimi mana-mana pihak dalam usaha melawan Covid-19.

“Penting untuk kerajaan elak mudarat lebih besar, ini untuk kepentingan nyawa orang ramai,” katanya.

Sebelum ini Khairy mengumumkan kerajaan mengambil pendekatan tegas terhadap antivaksin dengan “mengenakan pelbagai kesukaran” terhadap golongan itu.

“Maaf saya katakan, kalau anda tidak mahu menerima vaksin atas pilihan sendiri, jadi kita akan buatkan hidup anda sukar, dan ia akan berterusan begitu,” kata Khairy.

Menurutnya, golongan yang enggan menerima vaksinn tidak dapat menikmati kelonggaran seperti makan di restoran dan pergi ke pusat beli-belah.

Bagaimanapun, Khairy berkata bagi yang tidak dapat divaksin atas alasan kesihatan, mereka tidak akan menghadapi dengan apa-apa kesulitan kerana mereka akan diberikan pengecualian digital MySejahtera.

Dalam pada itu, Perdana Menteri Ismail Sabri berkata mereka yang tidak mengambil vaksin “menyukarkan diri mereka sendiri”.

“sebab itu saya menyeru mereka yang masih belum menerima vaksin untuk berbuat demikian, supaya semua kemudahan yang diberikan turut boleh dinikmati.,” katanya.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles