Wednesday, December 8, 2021

Banduan bilik akhir Malaysia dalam usaha saman menteri Singapura kerana hina mahkamah

Rahmat Karimon dan 16 banduan lain berkata kenyataan K Shanmugam di Parlimen boleh memberi risiko prejudis atau mengganggu proses mahkamah berhubung kes diskriminasi kaum.

Other News

Banduan bilik akhir warga Malaysia di Singapura membuat permohonan di Mahkamah Tinggi negara itu kerana menghina mahkamah, susulan kenyataan K Shanmugam di Parlimen yang dilihat mengganggu saman beberapa banduan negara itu berhubung diskriminasi kaum dalam pendakwaan kerajaan melibatkan jenayah berat.

Rahmat Karimon, yang diwakili peguam hak asasi M Ravi, adalah salah seorang daripada 17 banduan yang baru-baru ini memfailkan saman mendakwa kerajaan Singapura berat sebelah dalam pendakwaan terhadap banduan daripada etnik Melayu.

Mereka menamakan peguam negara Singapura sebagai defendan, mendakwa beliau melanggar jaminan yang termaktub Perlembagaan berhubung layanan setara di bawah undang-undang.

Rahmat adalah satu-satunya warga Malaysia dalam kumpulan tersebut, sementara 16 lagi adalah warga Singapura.

Saman bertarikh 7 Oktober lalu, memohon mahkamah untuk memerintahkan Shanmugam mengaku menghina mahkamah, difailkan oleh Syed Suhail Syed Zin yang merupakan salah seorang dari 16 banduan warga Singapura.

Dalam afidavit saman tersebut, ia menyatakan menteri tersebut merujuk kes yang sedang berjalan di mahkamah ketika sidang Parlimen dengan kenyataan berikut:

“Wujud kes yang sedang berjalan, iaitu permohonan oleh 17 banduan yang sedang menunggu hukuman mati; mereka memohon mahkamah mengeluarkan arahan terhadap peguam negara; memohon beberapa perlepasan berhubung beberapa tuduhan yang dibuatnya, di mana peguam negara dilihat secara nyata membuat dakwaan yang menghina dan tidak berasas, dilakukan bagi menjatuhkan maruah…”

“Kami berpandangan ulasan secara umum tersebut adalah bersifat mengganggu atau memberikan risiko prejudis terhadap perjalanan prosiding yang sedang berjalan dinamakan OS 825,” kata mereka.

“Ia juga adalah sebuah penghinaan terhadap mahkamah di bawah Seksyen 3(1)(b) Akta Pengurusan Kehakiman (Perlindungan) 2016. Ulasan yang dibuat dalam bentuk menghina mahkamah itu juga tidak dilindungi dalam hak istimewa ahli Parlimen.”

Afidavit bersama para banduan tersebut dalam saman pemulanya mempunyai kandungan setebal hampir 100 halaman, menunjukkan etnik Melayu dijatuhi hukuman mati “adalah secara signifikan mencatatkan perwakilan yang terlalu banyak” dijatuhi hukuman mati berbanding populasi lain di Singapura.

Mereka berkata walaupun peratusan komposisi kaum atau etnik di Singapura kekal dan tidak begitu banyak berubah sejak beberapa dekad lalu, namun ia tidak sebanding dengan pesalah-pesalah yang dijatuhi hukuman mati.

Berdasarkan statistik rasmi hingga Jun tahun lalu, Melayu menyumbang 13.5% dari populasi di negara itu, sementara 74.3% adalah Cina dan 9% adalah India.

MalaysiaNow, yang melaporkan saman tersebut juga turut diancam menghina mahkamah oleh peguam negara Singapura bersama Ravi dan kumpulan hak asasi Lawyers for Liberty.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles