- Iklan -
Berita

93.8% dewasa lengkap divaksinasi

Setakat ini, 97.2% dewasa telah menerima sekurang-kurangnya satu suntikan vaksin.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Petugas kesihatan membuat persiapan sebelum melakukan vaksinasi kepada pekerja-pekerja Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur bagi dos kedua vaksin pada Oktober.
Petugas kesihatan membuat persiapan sebelum melakukan vaksinasi kepada pekerja-pekerja Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur bagi dos kedua vaksin pada Oktober.

21,960,911 individu atau 93.8% populasi dewasa di seluruh negara lengkap divaksinasi setakat semalam.

Sementara itu, 22,745,310 atau 97.2% populasi dewasa telah menerima sekurang-kurangnya satu suntikan vaksin termasuk suntikan vaksin dos tunggal CanSino.

Sejumlah 134,180 dos vaksin telah diberikan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan vaksin diberikan di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan kepada 47,838,886.

Sementara itu, 2,662 dos penggalas diberikan kepada kumpulan sasaran semalam, menjadikan jumlah keseluruhan dos penggalak yang diberikan sebanyak 21,477.

Bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun, 25.6% atau 806,330 individu telah melengkapkan vaksinasi, sementara 78.2% atau 2,463,207 lagi telah menerima sekurang-kurangnya satu suntikan.